Mengapa Masa Trading Penting?
Volatiliti menentukan sejauh mana harga bergerak. Waktu yang salah boleh menyebabkan posisi floating lama, kos swap, dan keputusan emosi. Waktu yang tepat pula beri peluang spread lebih ketat dan entry yang jelas.
Ringkasan Sesi Utama & Volatiliti
US/New York lazimnya paling volatile kerana USD ialah ibu mata wang dunia. Diikuti oleh London, kemudian Tokyo, manakala Sydney/Wellington biasanya lebih tenang.
Pecahan Kekuatan Volatiliti (umum)
- New York (US) – Paling aktif, especially semasa overlap London.
- London – Volatiliti tinggi, banyak berita Eropah.
- Frankfurt – Pemanas enjin sebelum London dibuka.
- Tokyo/Japan – Aktif untuk pasangan JPY.
- Hong Kong & Singapore – Menyokong sesi Asia.
- Sydney
- Wellington
Jadual Sesi: Masa Rasmi (UTC) vs Masa Malaysia (GMT+8)
Nota: Ini julat tipikal tanpa mengambil kira perubahan Daylight Saving Time (DST). Semak kalendar jika musim DST sedang berjalan.
Sesi | Masa Rasmi (UTC) | Masa Malaysia (GMT+8) |
---|---|---|
Wellington | 21:00 – 05:00 | 05:00 – 13:00 |
Sydney | 22:00 – 07:00 | 06:00 – 15:00 |
Tokyo / Japan | 00:00 – 09:00 | 08:00 – 17:00 |
Hong Kong / Singapore | 01:00 – 09:00 | 09:00 – 17:00 |
Frankfurt | 06:00 – 15:00 | 14:00 – 23:00 |
London | 07:00 – 16:00 | 15:00 – 00:00 |
New York (US) | 12:00 – 21:00 | 20:00 – 05:00 |
Bila Paling Best untuk Trade (Trader Malaysia)?
- Sesi US / New York (8:00 malam – 5:00 pagi MYT) ialah pilihan utama — USD mendominasi lebih 80% transaksi global, jadi volatiliti tinggi dan peluang banyak.
- Waktu malam sesuai untuk rakyat Malaysia kerana kebanyakan orang sudah tamat kerja dan boleh fokus.
- Overlap London–New York (±8:00 malam – 1:00 pagi MYT) sering beri pergerakan paling jelas & spread ketat.
Elakkan Low Volatility
Hindari sesi yang terlalu perlahan (contoh awal pagi Asia) kecuali ada berita besar. Pasaran lembap menyebabkan:
- Floating lama & emosi terganggu,
- Modal “terkunci” tanpa setup jelas,
- Kos swap jika pegang semalaman.
Kesimpulan
Malaysia berada di GMT+8sesi US/New York — terutamanya overlap dengan London. Waktu malam bukan sahaja paling aktif, malah selari dengan rutin harian rakyat Malaysia. Elakkan berdagang ketika low volatility untuk mengurangkan floating dan penggunaan margin yang tidak produktif.